Carian
Apple Vision Pro Mungkin Dilancarkan Mac 2024
November 20, 2023 Effi Saharudin

Apple Vision Pro diperlihatkan pada Jun tahun ini dengan ia dikatakan akan dilancarkan pada awal 2024. Ini adalah tarikh yang masih agak misteri kerana masih belum diperincikan sehingga sekarang. Besar kemungkinan kerana Apple enggan berlaku kesipuan besar seperti pengumuman AirPower beberapa tahun lalu. Menurut laporan Bloomberg, Vision Pro besar kemungkinan akan dilancarkan pada bulan Mac 2024.

Dalam laporan yang sama, Bloomberg berkata pada asalnya peranti sepatutnya dilancarkan pada Januari 2024. Namun begitu tarikh ditangguh kerana Apple masih sedang melakukan ujian peringkat akhir dan merancang bagaimana produk akan diedarkan kepada pengguna.

Tidak seperti produk Apple yang lain, Vision Pro akan dijual secara eksklusif menerusi Apple Store sahaja. Seperti Apple Watch generasi pertama, kakitangan Apple Store akan membantu pembeli menguji Vision Pro dan memastikan ia dilaraskan dengan betul kepada setiap pembeli.

Vision Pro hanya akan dijual di Amerika Syarikat sahaja terlebih dahulu sebelum jualannya diperluaskan ke beberapa pasaran lain. Dalam laporan kami sebelum ini, hanya 400K unit akan dihasilkan untuk generasi pertama selepas melihat sambutan terhadap set kepala VR/AR yang akan dingin pada waktu ini.

Komen