Serentak dengan memberikan akses kepada Gemini Pro kepada pembangun dan pelanggan komersial. Google turut mengumumkan AI generatif menjadi imej terkini mereka Imagen-2. Penambahbaikan Imagen-2 berbanding Imagen ialah ia kini boleh memahami teks dengan lebih baik. Sekiranya prom meminta sesuatu teks dimasukkan ke dalam imej yang ingin dijana, ia boleh dilakukan dengan tepat tidak seperti pada model sebelum ini.
Lebih menarik di sini ialah Imagen 2 boleh menulis teks dalam enam bahasa lagi iaitu Cina, Hindi, Jepun, Korea, Portugis serta Sepanyol dan tidak terhad dalam Bahasa Inggeris sahaja. Sokongan lebih banyak bahasa akan dilakukan tahun depan.
Setiap imej yang dijana juga mempunyai tera air SynthID yang memudahkan asal usulnya dikesan. Dengan ini orang ramai dapat melihat data meta yang akan memberitahu mereka bahawa imej yang dilihat dijana oleh AI.
Dengan model yang lebih maju, Google berkata imej berkualiti tinggi dan nampak lebih realistik boleh dijana. Kemampuan menjana logo untuk perniagaan juga diberikan bersama dengan kemampuan menghasilkan imej pengolokan untuk logo tersebut digunakan pada produk.
Pengalaman kami menggunakan Imagen sebelum ini harus diakui sedikit mengecewakan kerana kualiti imej dijana tidak sebaik DALLE-3 atau Midjourney. Seperti Imagen, Imagen-2 boleh diakses pelanggan Google Cloud menerusi Trusted Tester Program hari ini.