Cari @ Amanz

realme GT3 240W adalah telefon pintar premium realme yang dilancarkan ketika acara MWC Barcelona sembilan bulan yang lalu. Peranti ini akan dijual di Malaysia pada 20 Disember ini dan akan menjadi telefon pertama yang boleh dibeli menyokong pengecasan pantas 240W. Ia boleh mengecas peranti dari 0% ke 100% kurang 10 minit.

Peranti ini hadir dengan skrin 6.74″ OLED 1.5K, menyokong segar semula 144Hz, dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1, kamera 50MP + 8MP + 2MP mikroskop dan kamera swafoto 16MP. realme Malaysia hari ini telah mengesahkan yang varian yang akan dijual di Malaysia adalah 16GB RAM dan 1TB storan dalaman. Harga jualannya pula adalah bawah RM3,000.

Sama-sama kita nantikan hari Rabu ini untuk mengetahui harga sebenar realme GT3 240W dan menentukan sama ada adakah peranti ini berbaloi untuk dimiliki dengan peranti pesaing di pasaran sudah boleh dibeli pada harga jauh lebih murah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd