Carian
Spesifikasi OnePlus 12R Tertiris – Peranti Mercu Mampu Milik Paling Berkuasa?
December 22, 2023 Fahim Zahar

Siri OnePlus R adalah peranti mercu mampu milik OnePlus yang selama ini dijual di India dan di China sahaja. Biasanya ia akan menggunakan spesifikasi peranti mercu generasi lepas dengan perubahan kecil misalnya OnePlus 11R mempunyai spesifikasi seakan OnePlus 10T.

Buat pertama kali siri R ini akan dilancarkan di pasaran global, termasuk di Malaysia bermula dengan OnePlus 12R. Ia akan diperkenalkan bersama-sama dengan OnePlus 12 pada 23 Januari nanti. Max Jambor, peniris OnePlus terkenal baru-baru ini telah mendedahkan spesifikasi peranti ini.

Skrin peranti ini bersaiz 6.78″ OLED ProXDR dengan sokongan LTPO 4.0 120Hz, dilindungi Gorilla Glass Victus 2, dijana Snapdragon 8 Gen 2, memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan mencapai 256GB UFS 4.0. Kamera adalah 50+8+2 Megapixel, bateri 5500mAh dengan sokongan pengecasan SuperVOOC 100W. Dua warna akan ditawarkan iaitu Iron Gray dan Cool Blue.

Spesifikasi peranti mirip OnePlus 11 tetapi dengan skrin lebih besar, tetapi kamera OnePlus 10T. Sokongan Hasselblad besar kemungkinan tidak akan diberikan agar ia boleh dijual pada harga lebih mampu milik. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut peranti ini tidak lama lagi.

Komen