Realme Dan Rolex Bekerjasama Menghasilkan Telefon Pintar Mewah
Fahim Zahar
Julai tahun lepas, realme Malaysia melancarkan siri realme 11 untuk pasaran tempatan. Peranti ini antara yang menarik oleh realme kerana mula memfokuskan kamera serta rekaan yang premium. realme 11 direka oleh bekas pereka Gucci, membawakan kesan anyaman ikonik. Terbaru untuk siri realme 12, realme bekerjasama pula dengan jenama jam tangan mewah Rolex.
[info] Baca: Ulasan Realme 11 Pro+ – 200MP Dan Gucci Belum Cukup Memukau [/info]

Imej promosi yang dikongsi oleh realme menunjukkan sebuah realme 12 Pro dengan seutas tangan jam Rolex Oyster Perpetual Datejust. Berdasarkan semakan saya, Rolex tidak menawarkan iterasi berwarna biru untuk jam ini jadi mereka mungkin akan bekerjasama dengan realme untuk hadir dengan edisi khas.
Siri realme 12 Pro diacah untuk hadir dengan kamera 200MP serta kemampuan telefoto. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai pelancaran peranti ini dan adakah edisi Rolex akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia?