Cari @ Amanz

Peranti AI secara perlahan mula menjadi trend. Kita sudah ada Humane AI, Rabbit R1 dan terbaru Samsung Galaxy S24. Tetapi adakah patut peranti AI dihasilkan? Adakah ia boleh menjadi pengganti telefon pintar? Atau teruskan strategi Samsung dengan Galaxy AI, iaitu memasukkan ciri AI generatif terus ke dalam perisian telefon pintar?

Sam Altman, CEO Open AI mempunyai pendapat berbeza. Beliau sejak tahun lepas lagi dilaporkan berminat untuk hadir dengan peranti AI bersama-sama dengan Johny Ive. Terbaru, Financial Times melaporkan yang Altman telah berbincang dengan Taiwan Semiconductor Manufacturing Co. (TSMC) untuk pembangunan cip pemprosesan khusus untuk AI.

ChatGPT, arahan suara pada Android

Tiada informasi lanjut mengenainya, selain peranti ini dikatakan akan menjadi iPhone untuk kecerdasan buatan. Tang Tan yang merupakan mantan ketua rekaan di Apple turut telah menyertai firma LoveFrom milik Ive untuk membangunkan peranti AI ini. Sama-sama kita nantikan, adakah peranti OpenAI ini boleh bersaing dengan Humane AI dan Rabbit R1 atau di sebaliknya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd