Cari @ Amanz

Selepas lebih tujuh tahun dalam pembangunan, eHang akhirnya mula menjual “kereta terbang” mereka di China pada harga RMB 2.39 juta (~RM 1.5 juta) sebuah. eHang EH 216-s boleh membawa dua penumpang dengan ia melakukan operasi secara swaterbang. Dengan sekali caj ia boleh terbang sejauh 30km dengan kelajuan boleh mencecah 130 kmj.

eHang ialah pengeluar pertama yang dibenarkan menawarkan perkhidmatan teksi terbang di China. Sejak tiga tahun yang lalu mereka turut telah melakukan ujian ia digunakan untuk tujuan pelancongan di Guangzhou. Walaupun sudah boleh dibeli di China, jualan yang dibuka untuk tujuan komersial bukannya untuk pemilikan peribadi.

eHang EH 216 mempunyai kaitan dengan Malaysia. Pada tahun 2019 Super Dron diumumkan sebagai “kereta terbang pertama Malaysia” tetapi hanyalah sekadar EH 216 yang diimport. Selepas hakikat ini didedahkan, kita tidak lagi mendengar sebarang berita mengenai “kereta terbang buatan tempatan” ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd