Keseimbangan kerja dan kehidupan ialah konsep yang semakin asing di dunia moden kerana sejak peranti pintar mula digunakan, majikan boleh menghubungi kakitangan di luar kerja. Ramai pekerja yang merasakan tertekan dihubungi di luar kerja kerana risau akan dianggap “malas” kerana tidak proaktif. Di Australia ini kelak tidak akan menjadi isu selepas rang undang-undang menghalang pekerja dihubungi majikan di luar waktu kerja diluluskan.

RUU akan menghalang majikan menghubungi kakitangan di luar waktu kerja tanpa bayar overtime. Kakitangan yang membalas mesej majikan juga tidak boleh dikenakan penalti jika dihubungi pada waktu yang tidak munasabah. Majikan boleh dikenakan denda sekiranya melanggar waktu peribadi kakitangan.
Parlimen Australia akan membentangkan RUU ini dengan ia telahpun menerima sokongan majoriti ahli parlimen. Dengan ini Australia mengikut jejas Perancis, Korea Selatan, dan Belgium yang juga mengharamkan kakitangan dihubungi majikan selepas tamat waktu kerja.