Cari @ Amanz

Tahun lalu Xiaomi ialah pengeluar telefon pintar ketiga terbesar dunia selepas Apple dan Samsung. Persamaan antara Apple dan Samsung ialah kedua-duanya menghasilkan cip sendiri bagi mengurangkan kos serta kawalan ciri yang lebih baik. Kini muncul laporan Xiaomi turut akan kembali menghasilkan cip rekaan sendiri menerusi kerjasama ARM.

Xiaomi Surge S1

Ini didedahkan oleh CEO MediaTek dalam laporan kewangan mereka yang mengatakan ARM sedang bekerjasama dengan Xiaomi selepas kerjasama dengan Oppo tidak diteruskan. Oppo berhenti menghasilkan cip pengimejan MariSilicon X kerana faktor pasaran.

Xiaomi pernah menawarkan cip kendiri Surge S1 pada tahun 2017 tetapi tidak diteruskan disebabkan pelbagai faktor. Selepas itu mereka sekadar menghasilkan cip pengimejan seperti Surge C1. Jika Xiaomi kembali menghasilkan cip sendiri, masih tidak diketahui sama ada ia adalah cip kelas permulaan ataupun mercu. Cuma isunya ialah di kalangan pengguna Android, cip Snapdragon menjadi pilihan dan penawaran cip lain seperti MediaTek atau Exynos kerap mendapat reaksi negatif.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd