Cari @ Amanz

Pengguna MacBook kebiasaannya pasti akan ada sebuah iPhone. Amat jarang saya melihat pengguna Mac pengguna telefon Android. Ini kerana macOS dan Android tidak begitu mesra, lebih-lebih lagi untuk pemindahan fail antara dua peranti ini. Oleh yang demikian, Google menawarkan aplikasi Android File Transfer. Tetapi baru-baru ini pautannya telah dibuang.

Walaupun pada laman web utama pautannya telah dibuang, Android File Transfer masih boleh dimuat turun melalui pautan terus atau laman khidmat bantuan pelanggan Google. Menurut sumber, pautan ini dibuang sekitar selepas Android 15 Developer Preview diperkenalkan. Spekulasinya adalah, Google mungkin sedang membangunkan Quick Share untuk macOS selepas Android dan Windows secara berperingkat menerima kemas kini perubahan ini daripada Nearby Share.

Jika Quick Share diperkenalkan untuk macOS, pengguna Android lebih mudah untuk memindahkan fail mereka. Kini pengguna Android hanya boleh berharap yang Quick Share turut akan ditawarkan ke iOS jika Apple tidak menghalang penggunaan ciri ini sepertimana mereka menghalang penggunaan iMessage pada peranti Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd