Carian
Nearby Share Pada Windows Mula Dikemaskini Ke Quick Share
February 7, 2024 Fahim Zahar

Google telah berjaya memperkenalkan pesaing AirDrop melalui Nearby Share. Ia adalah ciri perkongsian fail secara nirwayar yang menyokong multi-peranti serta fail bersaiz besar tanpa sebarang masalah. Google turut menawarkan Nearby Share ke ChromeOS dan Windows.

Nearby Share baru-baru ini telah dikemaskini menjadi Quick Share melalui satu kerjasama antara Google dan Samsung. Quick Share pada peranti Samsung kini boleh menyokong peranti Android lain dan banyak peranti Android lain turut mula menerima Quick Share baharu menggantikan Nearby Share. Terbaru, Google turut telah menukar nama ke Quick Share untuk ciri perkongsian fail mereka pada platform Windows.

Kemas kini ini dilihat ditawarkan secara berperingkat. Saya sudah menggunakan versi terkini, namun masih tidak kelihatan nama Quick Share. Laman web Android turut masih menggunakan nama Nearby Share. Saya sebenarnya lebih suka nama Quick Share dan ciri yang ia tawarkan.

Komen