Meizu adalah pengeluar telefon pintar China yang majoriti pegangannya dimiliki oleh Geely. Baru-baru ini, Meizu telah berhenti mengeluarkan telefon pintar dan akan fokus ke peranti AI sepenuhnya. Tetapi ini tidak menghalang Meizu untuk terus melancarkan siri peranti mercu mereka iaitu Meizu 21 dan Meizu 21 Pro. Mengejutkan selepas secara senyap jenama ini kembali ke pasaran tempatan tahun lepas, mereka mengesahkan yang Meizu 21 akan dilancarkan di Malaysia 5 Mac ini.

Meizu 21 dilengkapi skrin AMOLED bersazi 6.55-inci, 120Hz dan HDR 10+. Ia dijana cip Snapdragon 8 Gen 3 dengan memori mencapai 12/512 GB. Kamera adalah 200+13+5 Megapixel, kamera swafoto 32 Megapixel, bateri 4800mAh dan peranti ini menyokong pengecasan pantas 80W.

Peranti ini menggunakan rekaan rata dengan bonggol kamera mirip Samsung Galaxy S24. Di pasaran Eropah peranti ini dijual pada harga sekitar RM2300. Sama-sama kita nantikan harga jualan pasaran tempatan, kerana jika ia dijual pada harga mampu milik – ini adalah peranti Snapdragon 8 Gen 3 yang paling berbaloi.