Carian
Microsoft Paint Dikemaskini Dengan Gelangsar Saiz Berus
March 14, 2024 Fahim Zahar

Selepas berzaman tidak dikemaskini, Microsoft Paint diberi nafas baharu pada tahun 2021. Kemudian Microsoft tidak berhenti membangunkan aplikasi ini dengan memberi ciri dan fungsi baharu seperti buang latar, sokongan lapisan dan latar lutsinar, dan turut menguji integrasi dengan DALL.E 3. Terbaru, Paint telah dikemaskini untuk menjadi lebih mesra pengguna.

Microsoft kini menyertakan gelangsar (slider) untuk menukar saiz berus, pensel ataupun pemadam. Pengguna turut boleh melihat saiz berubah pada kanvas secara nyata setiap kali diubah. Ciri lapisan (layer) turut dikemaskini dengan sokongan warna latar yang boleh dipilih dengan kekunci Ctrl + Shift + B. Akhir sekali, sokongan menyalin semua lapisan yang ada kandungan dengan kekunci Ctrl + Shift + C ditambah kerana kekunci Ctrl + C hanya menyalin satu lapisan.

Kemas kini ini diedarkan secara berperingkat melalui versi Paint versi 11.2402.32.0. Menurut Microsoft pengguna Canary dan Dev mungkin tidak akan menerimanya kerana ciri baharu ini ingin diuji dengan kelompok pengguna lain terlebih dahulu.

Komen