Tahun 2022, Apple telah memperkenalkan Emergency SOS iaitu sokongan komunikasi satelit untuk tujuan kecemasan. Ia disokong pada iPhone 14, iPhone 15 dan beberapa peranti Android seperti Samsung Galaxy S24, Huawei MatePad Pro 11″ 2024 atau juga Honor Magic6 Pro.

Setiap pengeluar Android menggunakan teknologi masing-masing. Samsung dan Honor misalnya bergantung kepada cip Qualcomm. Akan datang sokongan komunikasi satelit untuk Android akan terus terbina dalam sistem operasi. Android Authority menemui bukti yang ciri ini akan ditawarkan melalui aplikasi Google Messages. Ciri ini dijangka akan tiba pada Android 15.

Di Malaysia sokongan komunikasi satelit ini tidak ditawarkan. Tetapi di masa akan datang, kita mungkin boleh menggunakannya kerana CelcomDigi dan SES telah bekerjasama bagi menerokai teknologi komunikasi untuk pemsejan kecemasan ini.