Carian
Microsoft Lancar Model AI Phi-3 Mini Yang Boleh Dijalankan Pada Telefon Pintar
April 23, 2024 Effi Saharudin

Microsoft hari ini melancarkan model AI Phi-3 terkini mereka yang menyasarkan penggunaan terus pada peranti pintar. Tiga model dilancarkan iaitu Phi-3 Mini, Phi-3 Small dan Phi-3 Medium. Pada waktu ini hanya Phi-3 Mini telah dilancarkan dengan ia dilatih dengan 3.8 bilion parameter tetapi mempunyai kemampuan yang setanding dengan GPT 3.5.

Kerana saiznya yang kecil Phi-3 Mini boleh dijalankan terus pada komputer dan telefon pintar seperti Phi-2 yang diumumkan Disember lalu. Microsoft mempunyai perancangan di mana Copilot akan dijalankan terus pada komputer. Ini akan mempercepatkan proses jawapan diberikan berbanding sekarang.

Phi-3 Small pula dilatih dengan 7 bilion parameter sementara Phi-3 Medium pula dengan 14 bilion parameter. Dengan Phi-3 Mini, Microsoft mempunyai model AI yang boleh bersaing dengan Gemini Nano yang sudahpun boleh dijalankan terus pada peranti Pixel 8 Pro.

Komen