Carian
Penjual Rasmi Malaysia Menyenaraikan Infinix GT 20 Pro Pada Harga RM1299
April 29, 2024 Fahim Zahar

Peranti keluaran Infinix sememangnya menawarkan spesifikasi menarik pada harga mampu milik. Ia mengingatkan saya kepada Xiaomi suatu ketika dahulu yang turut menggunakan strategi sama untuk mencabar pesaing. Tahun lepas, GT 10 Pro telah menjadi peranti gaming asas yang padu. Tahun ini Note 40 Pro pula menjadi peranti asas yang mencabar peranti mercu dan terbaru adalah Infinix GT 20 Pro, satu lagi peranti gaming mampu milik.

Peranti ini telah pun diacah untuk dijual di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Sedang saya membaca pelbagai hantaran di Facebook dan mencari barang di Shopee, penjual yang menggunakan pengedar rasmi Infinix mula menawarkan GT 20 Pro pada harga RM1299. Peranti ini dijana dengan cip Dimensity 8200 seakan Xiaomi 13T pada tahun lepas. Berikut adalah spesifikasi bagi unit yang dijual di Malaysia;

Dalam pemantauan saya, GT 20 Pro setakat ini hanya mempunyai satu model sahaja iaitu 12GB RAM + 256GB storan dalaman. Skrin adalah AMOLED bersaiz 6.78″ dengan kadar segar semula 144Hz, kamera utama adalah 108MP + 2MP + 2MP dengan kamera swafoto 32MP, dan speaker adalah jenis stereo yang ditala JBL. Bateri adalah 5000mAh dengan pengecasan pantas PD3 45W, ia turut mempunyai perlindungan IP54 dah menjalankan sistem operasi XOS14 berasaskan Android 14. Sama-sama kita nantikan penawaran lanjut rasmi Infinix Malaysia tidak lama lagi.

Komen