Carian
MacBook Lipat Mungkin Tiba Seawal 2025, iPhone Lipat Seawal 2026
May 6, 2024 Fahim Zahar

Jeff Pu iaitu penganalisa  Haitong International Securities yang selalu berkongsi maklumat mengenai produk baharu Apple menjangkakan sekali lagi yang peranti skrin boleh-lipat Apple akan tiba seawal tahun 2025. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, projek peranti lipat Apple ini akan dikendalikan oleh pasukan yang telah menjayakan Vision Pro.

Tahun 2025, Apple dikatakan akan memperkenalkan MacBook dengan skrin boleh-lipat bersaiz 20.3-inci. Walaupun Ming-Chi Kuo dan Mark Gurman pernah melaporkan peranti lipat Apple akan tiba seawal 2026 ke 2027, menurut Jeff Pu yang menerima informasi daripada pembekal Apple – kilang kini mula mempercepatkan pengeluaran peranti lipat.

Apple turut dikatakan ingin memperkenalkan satu lagi kategori produk ultra-premium untuk iPhone dengan skrin-lipat. Terdapat dua saiz yang sedang diuji iaitu 7.9-inci dan 8.3-inci yang mungkin akan menjadi iPad hibrid boleh-lipat menjadi iPhone. Jika anda tanya saya, walaupun Apple lambat memperkenalkan peranti ini ke pasaran berbanding pesaing percayalah iterasi Apple akan membuat pengeluar Android mengambil inspirasi rekaan peranti lipat Apple akan datang untuk peranti generasi baharu mereka. Apa pendapat anda pula mengenai perkara ini?

Komen