Carian
TikTok Menguji Ciri Carian AI Search Highlights
May 14, 2024 Fahim Zahar

Nampaknya semakin banyak perkhidmatan yang ada bar carian ingin menawarkan hasil carian dengan kecerdasan buatan. Google dengan SGE, Brave Search juga kini ada AI, pelbagai aplikasi seperti album gambar juga kini mempunyai ciri carian AI dan terbaru TikTok pula dilihat mula menguji ciri carian AI.

Ciri ini dinamakan sebagai AI Smart Search. Apabila carian dilakukan pada aplikasi TikTok, AI Search highlights akan memaparkan keputusan yang telah dirumuskan dengan AI berserta cadangan video berkaitan. Kandungan AI yang dijana TikTok dilihat menggunakan ChatGPT dari OpenAI, tetapi tidak semua carian akan mengaktifkan ciri AI ini. Menurut sumber carian seperti resipi akan mengeluarkan resipi masakan berserta video berkaitan.

TikTok adalah perkhidmatan yang popular untuk pengguna mencari informasi terkini. Disebabkan itu, TikTok telah mula mengintegrasikan enjin carian Google, hasil dari IMDB dan juga Wikipedia agar pengguna mudah mendapatkan informasi dengan sumber yang sahih. Buat masa ini ciri ini masih terhad untuk pengguna terpilih di negara seperti Amerika Syarikat dan tidak pasti bila ia akan diedarkan kepada umum.

Komen