Carian
Lagi Spesifikasi CMF Phone (1) Tertiris – Spesifikasi Mirip Nothing Phone (2a)
May 17, 2024 Fahim Zahar

CMF by Nothing adalah subjenama Nothing yang menawarkan produk dalam ekosistem sama pada harga lebih mampu milik. Selepas melancarkan beberapa produk audio dan jam tangan pintar, kewujudan CMF Phone (1) mula tertiris. Baru-baru ini, spesifikasi peranti pertama CMF ini dilohat mirip dengan Nothing Phone (2a) pula.

Peranti ini dikatakan akan hadir dengan skrin OLED 120Hz bersaiz 6.67-inci, dijana cip MediaTek Dimensity 7200, dilengkapi memori 8GB RAM LPDDR4X, bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan 33W serta ditawarkan dengan pilihan warna hitam/hijau/biru atau jingga (terhad untuk pasaran India). Peranti ini dijangka turut akan menjalankan Nothing OS dengan kemas kini 3+4 tahun.

Apa yang menjadi tanda tanya sekarang adalah, adakah sistem Glyph akan diperkenalkan? Adakah ciri ChatGPT terbina akan disertakan? Berapa pula harganya? Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai perkembangan produk CMF by Nothing.

Komen