Carian
Kelak Anda Boleh Meluncur Air Di Tengah-Tengah Padang Pasir Arab Saudi
May 20, 2024 Effi Saharudin

Secara logiknya anda pergi ke tepi pantai untuk menikmati sukan luncur air. Ombak laut yang membadai pantai secara semula jadi menjadikan ia antara sukan air yang paling popular di dunia. Tetapi jika anda ke Arab Saudi, kelak anda boleh melakukannya di tengah-tengah padang pasir.

Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Timur Tengah. Kolam ini akan menghasilkan ombak buatan manusia yang sama dengan ombak sebenar tetapi masih membenarkan peluncur dengan pelbagai tahap pengalaman meluncur dengan selamat.

Ia dibina di Qiddiya yang terletak berhampiran ibu kota Riyadh. Selain koman ombak, ia turut akan menempatkan 22 tarikan lain seperti lungsur air dan kolam untuk kanak-kanak. Pembinaan telahpun dimulakan dengan ia dijangka siap pada tahun 2025.

Qiddiya ialah sebuah lagi projek pembinaan mega di Arab Saudi selain Neom. Ia akan menjadi hab esukan Arab Saudi, roller coaster terpanjang dunia dan taman tema Dragon Ball. Pendek kata jika Neom menjadi tempat pembinaan monumen yang memecah rekod senibina dunia, Qiddiya akan menjadi bandar taman tema dunia.

Komen