Carian
Ciri Windows Recall dan CoCreator Tidak Boleh Digunakan AI PC Intel Core Ultra
May 21, 2024 Zamir Roslan

Komputer AI PC baru sahaja dilancarkan tahun ini dengan cip Intel Core Ultra. Tetapi dengan pengumuman Copilot+ PC awal pagi tadi, semua AI PC yang baharu ini tidak akan dapat menikmati beberapa ciri baharu yang diumumkan oleh Microsoft.

Ciri Recall, CoCreator, Live Captions dan Creative Filters serba baharu disahkan eksklusif untuk Copilot+ PC yang dilengkapi cip Snapdragon X menerusi laman FAQ Microsoft. Sokongan memproses ciri AI pada peranti pada Adobe Photoshop, Lightroom, Express dan Capcut turut disahkan eksklusif untuk Copilot+ PC.

AI PC dengan cip Intel Core Ultra tidak boleh menjalankan ciri-ciri baharu in kerana ia memerlukan NPU dengan kuasa minima 40 TOPS. Pada ketika ini hanya Snapdragon X Plus dan X Elite sahaja memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Jika anda baru sahaja membeli sebuah AI PC, pengumuman ini pastinya mengecewakan kerana walaupun baru berusia setahun jagung ciri inovatif Windows 11 tidak boleh digunakan. Ini adalah isu yang agak merisaukan kepada pengguna PC dalam masa terdekat. Adakah PC baharu hari ini akan dengan cepat menjadi peranti luput kerana keperluan untuk NPU yang semakin tinggi?

Samsung menawarkan ciri Galaxy AI bukan sahaja pada siri Galaxy S24 baharu, tetapi pada peranti mercu yang sudah berusia dua tahun. Mengapa Microsoft tidak mampu melakukan perkara yang sama? Apakah jaminan Microsoft baharu Copilot+ PC baharu ini juga tidak akan hilang sokongan dalam masa terdekat?

Komen