Carian
TSMC dan ASML Boleh “Membunuh” Mesin Cip Jika China Menyerang Taiwan
May 22, 2024 Effi Saharudin

Perang perdagangan yang dikenakan Amerika Syarikat ke atas China sejak hampir lima tahun lalu semakin hangat dengan semakin banyak syarikat dari negara tersebut dimasukkan ke dalam senarai entiti. Halangan akses cip AI, model AI, mesin menghasilkan cip dan tarif tinggi diperkenalkan oleh pentadbiran Joe Biden. Ini memulakan persoalan mengapa China tidak menyerang sahaja Taiwan bagi mendapatkan teknologi pembangunan cip TSMC?

Jawapan mudahnya ialah ia tidak baik untuk ekonomi dunia. Jawapan lebih panjangnya ialah jika Taiwan diserang sekalipun mesin menghasilkan cip di Taiwan akan secara automatik tidak boleh digunakan. Menurut laporan Bloomberg, ASML yang menghasilkan mesin litografi EUV yang diperlukan bagi menghasilkan litar pada cip boleh dinyahaktifkan secara jarak jauh. Perisian khas membolehkan sebuah “suis membunuh” ditekan untuk menjadikan mesin ASML tidak lagi boleh digunakan.

Mesin EUV terkini ASML

Dalam laporan yang sama, ASML dipercayai telah melakukan pelbagai simulasi untuk pelbagai senario sekiranya Taiwan diserang. Belanda yang merupakan sekutu kepada Amerika Syarikat sudahpun bersetuju menghalang jualan mesin ASML kepada China begitu juga dengan Jepun yang turut mengeluarkan mesin litografi.

TSMC menerima dana berbilion Dollar daripada Amerika untuk membuka kilang menghasilkan cip di negara tersebut. Di bawah Akta CHIP, Amerika ingin mengembalikan kemampuan pengeluaran teknologi tinggi ke dalam negara selepas berdekad memindahkannya ke China bagi meningkatkan keuntungan. Tetapi kini China boleh merampas status mereka sebagai negara paling maju dan sebelum ini berlaku halangan teknologi serta perdagangan kini dilakukan.

Komen