Carian
Elon Musk Ingin Mengharamkan Penggunaan Peranti Apple Di Syarikat Milik Beliau
June 11, 2024 Effi Saharudin

Elon Musk ialah manusia paling kaya di dunia pada waktu ini dan pada waktu yang sama juga mungkin insan yang paling tidak gembira kerana kerap sahaja mencari kesalahan orang lain. Pagi ini Elon menghantar ciapan mengatakan beliau akan mengharamkan penggunaan peranti Apple di syarikat-syarikat milik beliau sekiranya teknologi OpenAI diintegrasikan di tahap sistem operasi.

Pada pandangan Musk, ini akan mendatangkan risiko sekuriti yang serius. Di WWDC, Apple mengatakan kandungan OpenAI akan diterbitkan dalam jawapan yang diberikan siri yang kini akhirnya mempunyai sokongan kecerdasan buatan (AI). Sebarang pelawat ke syarikat milik beliau juga akan diarahkan menyerahkan peranti yang kemudian disimpan di dalam sangkar Faraday. Pengharaman ini mirip yang dilakukan oleh China yang mengharamkan penggunaan peranti Apple oleh penjawat awam atas sebab sekuriti.

Tidak diketahui sama ada Musk serius ingin mengharamkan produk Apple atau sekadar mencari sebarang peluru untuk menembak OpenAI. Sejak keluar daripada OpenAI kerana bertelagah dengan Sam Altman beberapa hari yang lalu Musk sering mencari sebab untuk bersaing dengan syarikat AI nombor satu dunia ini.

Komen