Carian
Instagram Tidak Akan Menawarkan Video Panjang Demi Mengekalkan Hubungan Sila­turahim Antara Pengguna
July 10, 2024 Fahim Zahar

TikTok yang mempopularkan penstriman video pendek dan menegak kini telah menjadi platform video panjang kerana pengguna kini boleh memuat naik video sehingga 60 minit. Pempengaruh dan pencipta kandungan kini inginkan ciri sama ditawarkan pula oleh Instagram menerusi Reels. Nampaknya ia tidak akan berlaku kerana menurut ketua Instagram Adam Mosseri, beliau tidak ingin mengubah Instagram menjadi TikTok.

Menurut Mosseri, Instagram adalah tempat untuk menghubungkan pengguna bersama rakan dan kemudian membantu pengguna menerokai minat baharu menerusi video pendek. Dengan video panjang, pengguna akan melihat video yang lebih sedikit berbanding video pendek. Ini menyebabkan pengguna kurang berinteraksi dengan rakan dan antara faktor utama kenapa video panjang tidak akan ditawarkan di platform Instagram.

Adam Mosseri turut mengingatkan kepada orang ramai yang Instagram pernah cuba menawarkan platform video panjang seperti IGTV, tetapi ia gagal. Pengguna juga boleh kongsi video 60 minit di Instagram tetapi platform ini adalah fokus kepada keseimbangan perkongsian foto dan video.

Komen