Jerman Melanjutkan Tarikh Membuang Kelengkapan 5G Huawei Ke 2029
Effi Saharudin
Kerajaan Jerman memberikan syarikat telekomunikasi tempatan sehingga 2026 untuk membuangkan kelengkapan 5G buatan Huawei dan ZTE. Ini adalah kerana kelengkapan dua syarikat ini didakwa mendatangkan risoko keselamatan kepada negara.
Namun begitu minggu ini kerajaan Jerman bersetuju untuk melanjutkan tempoh melupuskan kelengkapan 5G buatan Huawei ke tahun 2029. Ini adalah kerana pelbagai isu seperti kos dan tempoh masa yang diberikan sebelum ini dikatakan tidak realistik oleh syarikat-syarikat telekomunikasi.

Semasa rangkaian 5G mula dibangunkan, Jerman enggan mengenakan sekatan ke atas kelengkapan Huawei serta ZTE seperti yang dilakukan oleh United Kingdom, dan Perancis. Tetapi selepas menerima tekanan daripada negara sekutu, sekatan dikenakan tahun lalu selepas infrastruktur telahpun dibina.
Di Malaysia, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telahpun memberikan amaran kepada negara untuk tidak menggunakan kelengkapan Huawei dan ZTE pada rangkaian 5G kedua negara. Rangkaian 5G kedua dijangka diumumkan dalam masa terdekat tetapi maklumat mengenai kelengkapan yang bakal digunakan masih belum diketahui. Kerajaan Malaysia sebelum ini mengatakan tidak akan mengenakan sebarang halangan untuk menggunakan kelengkapan buatan China.
[sumber] Bloomberg [/sumber]