Jualan Apple Vision Pro Menurun Sehingga 75%
Fahim Zahar
Apple Vision Pro adalah set kepala realiti diperluas atau pengkomputeran spatial paling canggih pernah diperkenalkan kepada umum. Konsep yang ditawarkan amat menarik tetapi sayang sekali, sejak mula dijual Februari lalu ia masih tidak menjual sehingga 100,000 unit.

Menurut laporan International Data Group (IDC), jualan Apple Vision Pro menurun sehingga 75% di Amerika Syarikat. Walaupun set kepala baharu Apple ini canggih, disebabkan banyak isu dan kekurangan kandungan serta aplikasi ramai pembeli memulangkannya kembali. IDC turut menjangkakan jika Apple melancarkan set kepala Vision mampu milik menjelang tahun 2025, jualan boleh meningkat.
Buat masa ini, tiada harapan yang jualan di Amerika Syarikat akan meningkat. Dengan bulan lepas Apple Vision Pro telah mula dijual di tujuh negara lain ia mungkin berpotensi menaikkan jumlah jualan untuk pasaran global pula. Apa kata anda?
[sumber] Bloomberg [/sumber]