Carian
Laman Ini Menyenaraikan Aplikasi Natif Windows ARM
July 19, 2024 Fahim Zahar

Seperti yang dijangkakan, tahun ini akan berlakunya peperangan laptop Windows ARM bagi bersaing dengan Macbook dengan cip Apple M. Beberapa laptop Snapdragon X Elite turut telah ditawarkan di Malaysia iaitu Microsoft Surface Pro 11/Surface Laptop 7, Dell XPS 13 2024 dan juga ASUS Vivobook S 15. Walaupun setiap laptop ini mempunyai spesifikasi yang menarik, disebabkan cip adalah berasaskan ARM akan ada banyak aplikasi mungkin tidak disokong secara natif.

Ini bermakna, aplikasi yang tidak disokong secara natif tidak akan mempunyai prestasi yang baik kerana proses pemasangan melalui satu proses khas mengubah aplikasi X86 ke ARM. Oleh yang demikian laman web windowsonarm.org sangat membantu kerana menyenaraikan aplikasi natif untuk Windows ARM dan juga aplikasi yang masih menggunakan binaan X86. Jika anda dalam perancangan membeli sebuah laptop Copilot+ PC, rujuk laman web ini untuk memastikan aplikasi yang anda gunakan setiap hari disokong.

Walaupun begitu, disebabkan laman web ini bukan rasmi daripada Microsoft atau mana-mana pembangun aplikasi popular anda tidak boleh bergantung kepada laman ini 100% kerana masih ada aplikasi yang tidak disenaraikan di laman ini. Apa-apa pun, ia masih membantu kerana saya sudah selesai menetapkan dan mula menggunakan laptop yang dijana cip Snapdragon X Elite.

Komen