OnePlus Memperkenalkan Ciri AI Yang Membuatkan Ramai Pengguna Berang
Fahim Zahar
AndesGPT adalah model AI generatif Oppo yang digunakan pada peranti Oppo sendiri, OnePlus dan juga realme. Ciri AI sedia ada hanyalah asas seperti pemadam ajaib berbeza dengan penawaran pesaing seperti Galaxy AI. Terbaru, OnePlus telah mengembangkan ciri AI dengan memperkenalkan AI Speak dan AI Summary untuk membaca artikel/teks dan merumuskan kandungan seperti laman web atau emel.

Pengenalan kepada dua ciri ini membuatkan ramai pengguna OnePlus yang masih setia berang. Ini kerana OnePlus hanya memberikan ciri ini kepada dua peranti iaitu OnePlus Nord 4 atau OnePlus Nord CE4 Lite 5G. Peranti mercu seperti OnePlus 12, OnePlus 12R dan lain-lain masih belum menerimanya. Bukan itu sahaja, ia juga hanya boleh diakses di negara tertentu seperti India, Asia-Pasifik, Eropah, Timur Tengah, Africa, Asia Selatan, Rusia, dan Latin Amerika.

Saya menjangkakan, OnePlus mungkin ingin menguji dua ciri AI baharu ini pada dua peranti kelas pertengahan untuk melihat kemampuannya, prestasi serta mengumpul maklum balas sebelum ditawarkan kepada peranti mercu. Selepas ini ia mungkin akan diedarkan kepada semua pengguna. Sama-sama kita nantikan.
[sumber] OnePlus Community [/sumber]