Siri realme 13 Pro dan realme 13 telah dilancarkan pada bulan Julai lalu dan awal bulan ini. Di Amanz, kami juga telah menguji realme 13 Pro+ yang akan menjadi peranti fotografi tahap mercu pada harga mampu milik. Peranti yang dikatakan adalah First Professional AI Camera Phone kini disahkan akan tiba ke pasaran Malaysia.
Sejak 30 Julai lepas sehingga 15 Ogos baru-baru ini, empat peranti realme 13 telah tersenarai di laman SIRIM iaitu RMX3951 (realme 13 5G), RMX5000 (realme 13 + 5G), RMX3988 (realme 13 Pro 5G) dan RMX3921 (realme 13 Pro+ 5G). Variasi 4G dilihat tidak tersenarai. Kedua-dua model Pro dijana dengan cip Snapdragon 7s Gen 2, salah satu menggunakan kamera khas dibina bersama Sony iaitu 50MP Sony LYT-701 dan turut mempunyai sensor Sony LYT-600 (periskop).
siri realme 13 akan memfokuskan kepada penggunaan kamera dengan teknologi HYPERIMAGE+ berbanding bekerjasama dengan jenama kamera. Ciri AI yang akan disertakan adalah AI HyperRAW Algorithm, AI Pure Bokeh, AI Natural Skin Tone, AI Ultra Clarity, AI Smart Removal, AI Audio Zoom dan AI Group Enhance. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai pelancaran siri realme 13 di Malaysia.