Carian
Meta Dilaporkan Membatalkan Pembangun Cip AR Rekaan Sendiri
August 28, 2024 Effi Saharudin

Facebook mengubah nama syarikat menjadi Meta lebih dua tahun lalu kerana percaya metamesta akan menjadi teknologi penting di masa hadapan. Ini tidak berlaku dan kini tumpuan diberikan kepada pembangunan kecerdasan buatan (AI) pula oleh Mark Zuckerberg. Pagi ini Fortune menerbitkan laporan perubahan hala tuju Meta turut menyebabkan pembangunan cip realiti terimbuh (AR) mereka sendiri dibatalkan.

Cip AR rekaan sendiri diperlukan untuk cermin mata pintar Orion yang bukan sahaja hadir dengan kemampuan AR tetapi juga pemprosesan AI. Tetapi bagi mengurangkan kos, pembangunan cip telah dibatalkan dan Meta akan hanya menggunakan cip yang dikeluarkan oleh Qualcomm sahaja selepas ini.

Cip Qualcomm Snapdragon XR2 Gen 2

Kos pembangunan cip kendiri yang tinggi dan metamesta bukan lagi tumpuan utama menyebabkan program ini terpaksa dikorbankan. Meta Reality Labs kerugian lebih $4.6 bilion sejak Facebook mengubah nama ke Meta tanpa membuahkan sebarang hasil pada jualan Meta Quest dan jumlah pengguna Horizon Worlds.

Di peringkat awal tiada cip khusus untuk AR yang dilihat serasi dengan apa yang diperlukan oleh Meta. Tetapi Qualcomm yang cukup agresif dalam dunia VR, AR, dan XR telah melancarkan beberapa cip khusus untuk keperluan ini. Qualcomm sudahpun mempunyai persetujuan dengan Google dan Samsung untuk set kepala MR yang akan menjadi pesaing kepada Apple Vision Pro.

Komen