Samsung Galaxy Z Fold6 telah pun dilancarkan dengan harga bermula RM7,299. Satu lagi peranti skrin boleh-lipat Samsung dikatakan akan tiba tahun ini. Ia akan memfokuskan kepada rekaan unik dan nipis berbanding Z Fold6. Sebelum ini, ia dikhabarkan akan menggunakan nama Z Fld6 Ultra atau Z Fold6 Slim – tetapi informasi baharu mendedahkan ia mungkin akan digelar sebagai Samsung Galaxy Z Fold Special Edition.
Buat masa ini masih tidak tahun jika Samsung akan menggunakan nama penuh atau akan menjadikannya sebagai Z Fold SE. Peranti ini dikatakan akan menggunakan skrin lebih besar iaitu 6.5-inci di luar dan 8-inci di dalam. Tubuh juga adalah lebih nipis, tetapi mungkin tidak senipis pesaing China. Disebabkan rekaan, Z Fold Special Edition dikatakan tidak akan menyokong S-Pen.
Samsung juga dikatakan hanya akan menjual peranti ini di China dan Korea Selatan sahaja. Sama-sama kita nantikan dan lihat apakah keistimewaan peranti ini. Mana tahu jika ada permintaan tinggi, ia turut akan dijual secara meluas termasuk di Malaysia?