Samsung Galaxy Z Fold6 Ultra Dikatakan Masih Tidak Cukup Nipis
Fahim Zahar
Samsung dikatakan akan melancarkan satu lagi Galaxy Z Fold6 tahun ini. Telefon lipat kedua di bawah Z Fold6 ini mungkin hanya akan dijual di China dan Korea Selatan. Nama peranti ini dikatakan adalah Galaxy Z Fold6 Ultra dan ia akan diperkenalkan untuk bersaing dengan telefon lipat China nipis yang lain.
Di China, Galaxy Z Fold tidak cukup popular lagi-lagi dengan Honor Magic V3 antara yang ternipis di dunia. Dalam laporan The Elec, Z Fold6 Ultra atau Z Fold6 Slim ini dikatakan masih tidak cukup nipis. Tubuh peranti ini mungkin sekitar 10-11 mm berbanding Magic V3 dengan ketebalan 9.2 mm. Untuk menghasilkan tubuh yang lebih nipis ini, S-Pen tidak akan disokong kerana digitizer skrin untuk stilus memakan 0.3 mm tambahan.
Galaxy Z Fold6 Ultra atau Slim ini dijangka akan tiba pada bulan Oktober akan datang. Peranti juga mungkin tidak akan membawa banyak perubahan selain rekaan dan saiz tubuh. Sama-sama kita nantikan apa kejutan Samsung untuk Z Fold6 ini.
[sumber] The Elec [/sumber]
