Carian
Permainan Mini YouTube Playables Akan Menyokong Mod Multi-Pemain
December 11, 2024 Fahim Zahar

YouTube Playables adalah koleksi permua mini yang terbina pada aplikasi YouTube. Ia mula diperkenalkan pada bulan September tahun lepas dan tiba untuk pengguna Malaysia pada bulan November. Selepas dihentikan untuk seketika, bulan Mac tahun ini ia kembali dengan 75 permua. Terbaru, mod multi-pemain pula akan diperkenalkan.

YouTube Playables kini menguji mod multi-pemain, di mana melalui permainan terpilih anda boleh bermain bersama dengan rakan anda. Dua permua yang diuji adalah Ludo Club dan Magic Tiles 3. Kedua-dua permainan ini ditawarkan pada web dan juga aplikasi Android atau iOS. Akan datang, YouTube akan menawarkan lebih banyak lagi ciri menarik pada Playables..

Komen