Carian
Google Gemini Kelak Boleh Diseru Dengan Memanggil “Hey, Gemini”
December 13, 2024 Fahim Zahar

4 tahun selepas Google menamatkan Daydream iaitu sistem operasi realiti maya mereka yang terbina di dalam Android, baru-baru ini ia dilahirkan semula sebagai Android XR. Menariknya, ia adalah sistem operasi asing khusus untuk set kepala dan juga set kaca mata pintar yang kini menjadi trend selepas kegagalan Daydream. Salah satu ciri baharu yang diacah adalah menyeru Gemini dengan mudah.

Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant. Sekarang menyeru Gemini harus dengan kaedah lama iaitu Hey, Google atau kadangkala boleh terus beri arahan secara terus seperti Stop untuk penggera dan Answer untuk telefon. Akan datang, pengguna boleh menggunakan Hey, Gemini pula.

Google memperlihatkan konsep penggunaan set kepala dan set kaca mata pintar ini dengan menggunakan Gemini sebagai kawalan. Ia juga jelas yang Gemini adalah era baharu pembantu maya dan akan menjadi pengganti sebenar Google Assistant. Diharapkan selepas ini, ia tidak lagi bergantung kepada pemalam yang menjadi penggunaan sedikit perlahan berbanding biasa.

Komen