Google News adalah perkhidmatan memaparkan pelbagai kandungan berita dari sumber sahih berbeza. Ia telah dilancarkan sejak tahun 2002, dengan aplikasi baharu dilancarkan pada tahun 2018 selepas sekian lama terhad pada versi web. Selepas satu tahun menerima kemas kini besar dengan sokongan bahasa Melayu, Google News dikemaskini sekali lagi.
Versi baharu ini menggunakan antaramuka Material You yang lebih kemas dan lebih mesra pengguna. Penawaran kandungan berasaskan paparan Cards masih digunakan, cuma pada palang bawah kini mengikut aplikasi Google lain iaitu terhad kepada 3 ikon penting. Ikon ini adalah Home, Following dan Newsstand.
Home adalah berita-berita yang dicadangkan untuk anda berdasarkan topik kegemaran dengan akses pelbagai kategori lain seperti berita dunia, tempatan dan lain-lain. Following adalah tempat untuk mengakses berita-berita dari penerbit yang anda ikuti dan Newsstand yang dulunya adalah pengganti Currents, kekal menjadi had setempat mengakses pelbagai berita dari pelbagai penerbit yang sahih.
Google News ditawarkan dalam aplikasi Android dan iOS secara percuma. Secara alternatif, aplikasi Google sendiri sedia mengintegrasikan ciri ini. Jika anda mahukan sesuatu yang lebih spesifik untuk berita tempatan, aplikasi Daun iaitu platform media sosial baharu turut menawarkan tab Berita.