Minggu ini Proton melancarkan kereta elektrik (EV) mereka eMAS.7 minggu ini selepas hampir 40 tahun mengeluarkan hanya kenderaan ICE. Ini adalah bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dengan syarikat automotif lain. Tetapi menarik juga minggu ini, Lamborghini mengumumkan akan menangguhkan pelancaran EV pertama mereka ke 2029.
CEO Lamborghini, Stephan Winkelmann mengatakan penangguhan daripada tarikh asal 2028 adalah kerana pasaran segmen kenderaan mereka akan hanya sedia menerima EV pada tahun 2025 atau 2026. Tahun lalu Lamborghini mengumumkan kesemua kereta petrol mereka telahpun habis dijual.
Tidak seperti kereta penumpang biasa, peminat kereta prestasi tinggi masih lebih menggemari kenderaan berkuasa petrol. Bunyi yang dikeluarkan dan getaran enjin adalah sebahagian pengalaman membeli kereta Porsche, Ferrari dan Lamborghini.
Pada waktu yang sama Ferrari akan melancarkan EV pertama mereka tahun depan selepas berjinak-jinak dengan hibrid sejak 2013 menerus model LaFerraria.