Carian
Apple iPhone SE 2025 Mungkin Akan Dijual Pada Harga Lebih Mahal
December 31, 2024 Fahim Zahar

Apple akhirnya dijangka akan melancarkan semula iPhone SE pada tahun 2025. Ia dikatakan akan dijana cip A18 untuk sokongan Apple Intelligence, memori 8GB RAM dan menggunakan modem rekaan Apple sendiri. Terbaru, jangkaan harga jualan telah didedahkan.

iPhone SE 4 dikatakan mungkin akan dijual pada harga lebih mahal. Pada awalnya, harga jualan dikatakan mungkin sekitar bawah 780,000 Yen (~RM2,223) tetapi kini telah berubah dengan harga mungkin melebihi 800,000 Won (~RM2,421), iaitu sekitar $543. Sekarang, iPhone SE dijual pada harga bermula RM2,199 ($429 di A.S).

Apple turut dikatakan ingin mengekalkan harga jualan di bawah $500 (~RM2,229). iPhone SE 4 adalah pilihan alternatif untuk mendapatkan iPhone baharu pada harga lebih murah. Peningkatan harga berbanding iPhone SE generasi lepas, mungkin perkara baik kerana dapat menikmati ciri baharu seperti Face ID dan Apple Intelligence.

Apa kata anda?

Komen