Carian
Rasmi : Getty Images Dan Shutterstock Umum Gabungkan Syarikat
January 7, 2025 Aman

Lanjutan laporan sebelum ini, hari ini Getty Images mengumumkan mereka telah bersetuju untuk gabungkan syarikat bersama Shutterstock, sekaligus membentuk syarikat entiti baharu yang dinilaikan sekitar $3.7 bilion.

Kedua-dua syarikat sedia memfokuskan kepada melesenkan kandungan seperti gambar dan video untuk entiti media, penerbit kandungan, mahupun pelbagai agensi untuk digunakan semula. Namun, sejak kehadiran kecerdasan buatan janaan, ia dilihat mereka menerima impak dalam operasi mereka.

Melalui gabungan ini, para pemegang saham Getty Images akan mempunyai pegangan sebanyak 54.7% pada entiti baharu dinamakan “Getty Images”, sementara pemegang saham Shutterstock pula akan mempunyai pegangan sebanyak 45.3%.

Untuk makluman, Getty Images turut memiliki perkhidmatan seperti Unsplash, sementara Shutterstock pula mempunyai perkhidmatan seperti Giphy dan Envato dibawah mereka.

Komen