ASUS ROG Phone 8 adalah sebuah peranti mercu gaming yang menarik dan berkuasa. Ia kini bukan sahaja lagi memfokuskan kepada kemampuan gaming, tetapi turut cuba menjadi pesaing peranti mercu sebenar. Ketika dilancarkan, ASUS Malaysia menjual ROG Phone 8 pada harga RM3,299 tetapi bermula hari ini semuanya berubah.

Sempena sambutan Hari Raya Cina, bermula 13 Januari sehingga 16 Februari tahun 2025 – ROG Phone 8 boleh didapatkan pada harga bermula RM2,999. Sementara ROG Phone 8 Pro pula boleh didapatkan pada harga RM3,999. Kedua-dua peranti ini menerima potongan harga sebanyak RM300. Kemudian dengan setiap pembelian siri ROG Phone 9, ROG Chill Case bernilai RM199 akan diberikan secara percuma.

ROG Phone 8 hadir dengan skrin 6.78-inci AMOLED 165Hz HDR10+, dijana cip Snapdragon 8 Gen 3, kamera 50MP, bateri 5500mAh + pengecasan pantas 65W, menyokong perlindungan IP68 dan menawarkan padanan memori + storan LPDDR5/UFS 4.0.

ROG Phone 9 pula menggunakan saiz skrin sama tetapi kadar segar semula adalah 185Hz. Cip pula adalah Snapdragon 8 Elite, padanan memori + storan adalah LPDDR5X/UFS 4.0 dan bateri 5800mAh. Kamera utama masih sama 50MP tetapi kini ada sensor 32MP baharu.