Poco F7 Pro Dan Poco F7 Ultra Pula Bakal Dilancarkan, Mungkin Dijana Snapdragon 8 Elite
Fahim Zahar
Siri Poco F6 dilancarkan pada pertengahan tahun 2024. Tahun ini, siri Poco F7 dijangka akan dilancarkan lebih awal. Dua peranti baharu iaitu Poco F7 Pro dan Poco F7 Ultra telah ditemui tersenarai dalam laman IMDA iaitu seakan SIRIM di Singapura.

Poco F7 Pro dan F7 Ultra turut ditemui tersenarai dalam laman Telekom Indonesia. Ia menggunakan kod nama 24117RK2CG dan 24122RKC7G, dikatakan mungkin adalah Redmi K80 dan K80 Pro yang dijenamakan semula dan menggunakan sensor 50MP sebagai kamera utama.

Poco F7 Pro mungkin akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, sementara Poco F7 Ultra pula dengan cip Snapdragon 8 Elite. Skrin peranti dikatakan adalah OLED bersaiz 6.67-inci, mungkin sama dengan REDMI Note 14 Pro+ dengan kadar segar semula 120Hz tetapi mempunyai resolusi 2K berbanding 1.5K. Bateri dikatakan adalah mencapai 6,550mAh dengan sokongan pengecasan pantas 120W HyperCharge.
Setakat ini di Malaysia, hanya siri Poco X7 sahaja yang telah dilancarkan. Tiada indikasi bila dua peranti yang mungkin boleh menjadi pembunuh peranti mercu 2025 akan tiba ke pasaran tempatan dalam masa terdekat. Sama-sama kita nantikan.
[sumber] MySmartPrice [/sumber]
[info] Ulasan Poco X7 – Menarik Pada Ciri, Menarik Juga Pada Harganya [/sumber]