Cari @ Amanz

Google Gemini 2.0 Flash Versi Stabil Kini Tersedia Untuk Semua Pengguna

Link Copied!

Google turut telah memulakan pembangunan ejen AI melalui chatbot AI Gemini mereka. Perkara ini dimulakan dengan model bahasa raya Gemini 2.0. Kini selepas lebih sebulan dalam peringkat ujian, model Gemini 2.0 Flash telah dikemaskini menjadi versi stabil.

Menurut Google, model 2.0 Flash ini adalah 2x lebih pantas berbanding model 1.5 Pro. Gemini 2.0 turut menawarkan sokongan multi-modal, membolehkan penjanaan terus imej serta audio, dan pada masa yang sama membolehkan pembangunan ejen AI di atasnya. Salah satu contoh ciri menarik dengan model ini adalah Project Astra menerusi Gemini Live baharu pada Samsung Galaxy S25 yang turut kini boleh digunakan pada Pixel 9.

Bermula hari ini, Gemini 2.0 Flash versi stabil sedia digunakan pada Gemini versi web. Ia turut akan tersedia kepada aplikasi secara berperingkat. Di web, ia menyokong arahan suara dan mengepilkan imej, Google Drive, fail atau folder kod. Dalam cubaan saya, model Flash baharu ini bukan sahaja menjana maklumat dengan pantas, tetapi turut memberi lebih maklumat berbanding model Flash terdahulu. Kini hanya perlu tunggu model lebih berkuasa Gemini 2.0 Advanced pula untuk menjadi stabil. Sama-sama kita nantikan.


Komen ()