Carian
Boom Supersonic XB-1 Ialah Pesawat Swasta Pertama Mencapai Kelajuan Supersonik
January 31, 2025 Effi Saharudin

Boom Supersonic XB-1 secara rasmi menjadi pesawat buatan syarikat swasta pertama berjaya terbang pada kelajuan supersonik. Selepas hampir setahun melakukan penerbangan pertama, XB-1 berjaya pula terbang pada kelajuan Mach 1.1 (1,360 km/j) pada Rabu lalu di Gurun Mojave, Amerika Syarikat. Ia adalah pesawat ujian skala kecil untuk pesawat penumpang supersonik (SST) Boom Overture yang dijangka memulakan operasi pada tahun 2029.

Overture ingin menjadi SST yang pertama kembali beroperasi sejak Concorde menamatkan operasi pada tahun 2003 kerana faktor usia dan keselamatan. Ia boleh membawa sehingga 80 orang penumpang dan terbang pada kelajuan maksimum Mach 1.7 (2099 km/j) yang boleh membolehkan perjalanan antara New York ke London dilakukan dalam masa 3.5 jam sahaja. Pesawat komersil semasa melakukan perjalanan yang sama dalam masa sekitar 8 jam.

Projek Overture diumumkan pada tahun 2016 dengan ia telah melalui beberapa perubahan rekaan. Sungguhpun begitu Boom Supersonic yang membangunkan Overture berjaya menerima tempahan daripada ni United Airlines, Japan Airlines dan American Airlines.

Komen