Carian
Nissan Dilaporkan Menolak Tawaran Bergabung Syarikat Dengan Honda
February 5, 2025 • Amy Maizuraa

Berita membabitkan penggabungan antara dua jenama utama automotif Jepun iaitu Honda dan Nissan memasuki episod baharu apabila ia didakwa mungkin dibatalkan. Laporan memetik beberapa sumber berkata penggabungan berpotensi dibatalkan kerana kedua-dua jenama itu gagal mencapai satu persetujuan bersama.

Bagi Honda perbincangan itu tidak berjalan mengikut jangkaan apabila idea untuk menjadikan Nissan sebagai anak syarikatnya telah ditentang oleh jenama itu sendiri atas sebab kebimbangan bahawa autonominya boleh dicabar. Rentetan daripada senario itu, Nissan merancang untuk mengadakan mesyuarat Lembaga pengarah yang berkemungkinan menolak sekerasnya cadangan Honda untuk membeli saham dan menjadikannya sebagai anak Syarikat.

Bagaimanapun, jurucakap Nissan berkata Keputusan muktamad berkaitan penggabungan ini hanya akan diputuskan pada pertengahan bulan kelak. Sementara itu, jurucakap Honda pula memaklumkan pihaknya masih belum mendengar sebarang info berkaitan pembatalan MoU yang telah ditandatangani bersama Nissan pada 23 Disember tahun lalu. Mitsubishi Motors yang merupakan pemegang saham terbesar Nissan dikatakan cenderung untuk kekal mempertimbangkan untuk tidak menyertai penggabungan ini.

Komen