Nissan terbuka untuk bekerjasama dengan rakan kongsi baharu selepas perbincangan penggabungan dengan HONDA dibatalkan. Menurut Reuters dalam laporan yang memetik sumber, ia termasuklah syarikat teknologi kerana Nissan mahu meningkatkan kekuatan mereka dalam kereta elektrik di mana jenama China kini di hadapan perlumbaan. Pada masa sama, mereka juga terbuka untuk bekerjasama dengan Foxconn yang merupakan pembuatan elektronik terbesar dunia yang beribu pejabat di Taiwan.

Untuk konteks, Faxconn sebelum ini pernah mendekati Renault Perancis untuk membeli pegangan besarnya dalam Nissan pada Disember 2024. Namun menghentikan minat selepas perbincangan dengan Honda berlangsung pada tahun yang sama. Dengan rundingan itu mungkin dibatalkan disebabkan oleh perselisihan dalaman yang telah semakin merenggangkan kedua-dua pihak berkenaan. Faxconn dirasakan berpotensi untuk meneruskan minat mereka. Pengeluar itu juga kini berkembang secara drastik ke dalam pengeluaran EV dan berpotensi menawarkan kelebihan rantaian bekalan kepada Nissan.

Jurucakap Nissan dan Honda bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perbincangan mereka. Sebaliknya mengulangi kenyataan terdahulu bahawa mereka menyasarkan untuk memuktamadkan hala tuju penggabungan menjelang pertengahan Februari ini. Foxconn juga masih belum mengulas lanjut berhubung perkara ini.

Perselisihan dalaman diantara Nissan dan Honda berlaku apabila idea untuk menjadikan Nissan sebagai anak syarikatnya telah ditentang oleh jenama itu sendiri atas sebab kebimbangan bahawa autonominya boleh dicabar. Rentetan daripada senario itu, Nissan merancang untuk mengadakan mesyuarat Lembaga pengarah yang berkemungkinan menolak sekerasnya cadangan Honda untuk membeli saham dan menjadikannya sebagai anak Syarikat.