Niantic Dilaporkan Ingin Menjual Perniagaan Permainan Video Termasuk Pokemon Go
Effi Saharudin
Niantic Inc dilaporkan akan menjual perniagaan pembangunan permainan video mereka kepada Scopely Inc. Perbincangan sedang dilakukan dan dipercayai akan dimuktamadkan dalam masa beberapa minggu sahaja lagi dengan nilai dikatakan sekitar $3.5 bilion (~RM 15.6 bilion). Penjualan kepada syarikat milik Arab Saudi ini melibatkan semua IP milik Niantic termasuk Pokemon Go.

Walaupun Pokemon Go menjadi permainan dengan jumlah permain tertinggi dunia pada tahun 2016, popularitinya sudah berkurangan dengan Niantic tidak berjaya menguji kejayaan dengan permainan mereka yang lain. Harry Potter: Wizards Unite misalnya ditamatkan pada tahun 2022 selepas hanya tiga tahun dilancarkan. Akibatnya 230 pekerja telah dibuang dan satu studio ditutup pada tahun 2023.
Dengan perniagaan dijual, Niantic mungkin akan memberikan tumpuan kepada pembangunan kecerdasan buatan (AI) pula. Tahun lalu Model Geospatial Raya (LGM) telah diumumkan dengan ia dilatih menggunakan data pemain Pokemon Go dan Ingress.