Carian
Apple Malaysia Menghentikan Jualan iPhone Dengan Sambungan Lightning
February 20, 2025 Fahim Zahar

Awal pagi tadi, iPhone 16e telah dilancarkan sebagai pengganti kepada iPhone SE. Dengan pengenalan peranti ini, kini kesemua model iPhone telah menggunakan sambungan USB-C. Disember tahun lepas, Apple telah menghentikan jualan iPhone dengan sambungan Lightning di pasaran Eropah. Pagi tadi, laman web Apple Malaysia turut melakukan perkara yang sama.

Atas, semalam masih ada iPhone 14 dan iPhone SE. Bawah, pagi tadi tinggal keluarga iPhone 16, iPhone 16 dan iPhone 16e

Daripada 15 produk berasaskan Lightning yang Apple Malaysia masih jual, kini tinggal 13 kerana iPhone 14 dan iPhone SE tidak lagi dijual. iPhone paling murah kini adalah iPhone 16e dengan cip Apple A18 untuk sokongan Apple Intelligence, menggunakan modem tersendiri Apple C1, menyokong butang fizikal Action Button dan tiada MagSafe.

Berbanding dengan iPhone SE 2022 sebelum ini RM2,199 adakah anda rasakan iPhone 16e yang dijual bermula RM2,999 iaitu RM800 lebih mahal berbaloi untuk dimiliki ataupun tidak?

Komen