Niantic Inc secara rasmi telah menjual perniagaan permainan video mereka kepada Scopely Inc. sebuah syarikat milik Arab Saudi pada nilai $3.5 bilion (RM 15.5 bilion). Pengumuman dilakukan oleh Niantic sebentar tadi dan ini termasuk IP untuk permainan video Pokémon Go, Monster Hunter Now, dan Pikmin Bloom. Terdapat dua IP yang tidak dijual iaitu Peridot dan Ingress AR.

Niantic turut mengumumkan penubuhan Niantic Spatial Inc yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) spatial yang diumumkan sebelum ini. Syarikat baharu ini akan diketuai oleh John Hanke yang merupakan pengasas syarikat. Model Geospatial Raya ini telah dibangunkan menggunakan data pemain Pokkemon Go dan Ingress.
Walaupun Pokemon Go menjadi permainan dengan jumlah permain tertinggi dunia pada tahun 2016, popularitinya sudah berkurangan dengan Niantic tidak berjaya menguji kejayaan dengan permainan mereka yang lain. Harry Potter: Wizards Unite misalnya ditamatkan pada tahun 2022 selepas hanya tiga tahun dilancarkan. Akibatnya 230 pekerja telah dibuang dan satu studio ditutup pada tahun 2023.