Pegawai Eksekutif Oppo Mengesahkan Kapasiti Bateri Untuk Find X8 Ultra
Amy Maizuraa
Siri Find X8 merupakan barisan peranti mercu daripada jenama Oppo. Setakat ini, dua model telah diperkenalkan, dan versi Ultra dijangka menyusul tidak lama lagi. Berita mengenainya telah kedengaran sejak beberapa minggu lalu. Kini, maklumat baharu disahkan oleh pegawai eksekutif Oppo sendiri melalui kemas kini di Weibo.

Menurut beliau, Find X8 Ultra akan hadir dengan bateri lebih besar berkapasiti 6,000mAh yang merupakan peningkatan berbanding bateri 5000mAh pada Find X7 Ultra. Perkongsian ini juga secara tidak langsung menjawab spekulasi awal yang tersebar di media sosial. Pada masa yang sama, bateri turut disahkan boleh dicas sepenuhnya dalam hanya 35minit dengan sistem pengecasan 100W. Tiada Tarikh pelancaran rasmi diketahui dan sama-sama nantikan kemaskini daripada Oppo sendiri.