Cermin Mata Pintar Samsung Haean Mungkin Tiba Tahun Ini
Fahim Zahar
Samsung telah pun mengesahkan mereka sedang membangunkan sepasang cemin mata pintar. Ia mungkin akan menggunakan Android XR dan adalah produk alternatif kepada Project Moohan iaitu sejenis set kepala. Terbaru, Samsung dikatakan akan melancarkan cermin mata ini seawal tahun ini.

Menurut laporan ETNews, cemin mata ini menggunakan kod nama Haean berdasarkan nama bandar di Korea Selatan. Ia menggunakan rekabentuk unik untuk ia disesuaikan kepada pelbagai wajah pengguna. Turut dimuatkan ialah pelbagai kamera serta sensor untuk mengesan pergerakan. Spesifiaksi yang diketahui setakat ini ialah cip Snapdragon XR2 Plus Gen 2, kamera sebesar 12MP dan bateri berkapasiti 155 mAh.
Samsung telah pun membangunkan lensa meta untuk produk sebegini. Bagi yang tidak tahu, Samsung telah impikan produk seperti in sejak lebih sedekad lalu seperti yang khusus untuk bersukan atau yang menyerupai Scout daripada siri animasi Mutiara Naga.

Haean akan dilancarkan bersama-sama set kepala Project Moohan. Kedua-dua produk ini akan menjalankan sistem operasi Android XR baharu. Cermin mata Samsung ini walau bagaimanapun masih tidak pasti sama ada adakah akan menyertakan sokongan skrin seakan TECNO AI Glasses atau lebih kepada pesaing Ray-Ban Meta yang kelak akan ada versi bersama Oakley pula.
[sumber] ETNews [/sumber]