Carian
Apple Music Classical Dikemaskini Dengan Paparan Cerita Menarik Untuk Setiap Karya
March 26, 2025 Fahim Zahar

Apple Music Classical baru sahaja dikemaskini pada minggu lepas untuk akses kepada versi web selepas hampir dua tahun dihadkan untuk iPhone, iPad dan Android. Seperti namanya, ia adalah platform penstriman muzik khusus untuk lagu-lagu klasik – lagi-lagi jenis instrumental. Kemas kini terbaru adalah sejarah atau latar belakang muzik kini dipaparkan secara langsung sambil mendengari lagu.

Ciri ini sangat masuk akal kerana pengguna yang biasanya mendengar muzik di dalam Apple Music Classical adalah sambil membaca, ketika rehat atau ketika bertenang. Jadi untuk mendapatkan kisah kenapa instrumen itu digunakan, drama di sebalik penghasilan karya agung dan banyak lagi akan diceritakan. Kisah ini menyokong bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Jepun, Korea, dan Cina.

Apple turut menyediakan stesen muzik klasik mengikut kategori instrumen, komposer, era, dan genre yang ditetapkan oleh wakil Apple sendiri. Akhir sekali adalah algoritma cadangan yang kini lebih bijak mengenalpasti citarasa pengguna dengan mengakses sejarah pendengaran. Apple Music Classical adalah perkhidmatan percuma jika anda sedia melanggan Apple Music.

Komen